Wednesday 17 July 2019

Peristiwa yang pernah berlaku pada diriku ,
Aku jadikan pengajaran , 
Akan ku ingat sampai bila-ii,

Aku pernah bagitahu bondaku , 
Bahawa aku ini belum cukup sempurna ,
Aku nak sempurna ,
Sambil melihat cermin ,

Disaat itu aku mulai berbicara tanpa fikir yang Allah SWT ciptakan aku ,
Dia Maha Mendengar ,
Aku masih belum bersyukur ,
Aku masih belum puas ,
Berdosanya aku ketika ini ,

Sampailah satu masa Allah beri aku pengajaran ,
Yang begitu dasyat , 
Kemalangan sekeluarga ,
Teruk aku diuji dengan kesempurnaan yang pernah aku keluh , 
Perit yang ku tanggung ,
Hanya Allah swt yang tahu ,

Syukur Allah beri aku hidup untuk terus beramal dan bertaubat ,
Sehingga kini aku berjaga ii bilamana mahu berkata ii ,
Aku khuatir bicara ku ini penyebab Allah swt murka ,
Sungguh aku tidak mahu ,

Bahawasanya percakapan kita perlu cakap yang baik ,
Insha Allah , akan datang yang baik ii ,
Bilamana buruk percakapan ,
Maka yang datang buruk ii , 
Sama ii perbaiki diri , 
Semoga Allah swt terima amalan kita sehingga ke akhir nafas .

:book: ان في ذلك لذكرى لمن كان له قلب...
Sesungguhnga pada yang demikian itu terdapat peringatan bagi orang yang memiliki hati . 
{Qaf : 37 }
continue reading